Assalammualaikum..

Assalammualaikum.. Blog ini direka bertujuan untuk mempromosikan kompang kumpulan kami iaitu Sinar 13. Yang menariknya tentang kami, untuk pengetahuan semua, ahli-ahli kami terdiri dari adik-beradik, suami-isteri dan juga anak-anak kami sendiri. Kami menerima tempahan untuk bermain kompang tidak kira untuk apa jua majlis yang bersesuai dan mengikut citarasa pelanggan kami. Di harap, semua pihak dapat memberi sokongan untuk memertabatkan muzik tradisional kita yang hampir lenyap ditelan zaman.. Terima kasih juga di atas sokongan anda..

Rabu, 22 Disember 2010

Nampaknya sudah sampai ke penghujung 2010, hanya beberapa hari saja kita akan ke tahun baru 2011.. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana selama ini telah memberikan kami rezeki yang tak putus-putus dengan undangan kompang pada tiap-tiap minggu. Terima kasih tak terhingga juga kepada semua ahli-ahli Sinar 13 kerana sepanjang tahun ini telah bersusah payah semata-mata ingin memenuhi undangan majlis-majlis yang telah ditempah oleh pelanggan walaupun ada ketikanya ahli-ahli Sinar 13 tak berapa sihat.. Moga tahun baru 2011 akan memberikan kita rezeki yang lebih melimpah ruah dan kesihatan yang baik..

"Kehadiran kami, pasti memeriahkan majlis Anda"

Rabu, 8 Disember 2010

Assalammualaikum..

 Sejak dua menjak nie, saya sibuk sikit. Nak update blog pon dah tak sempat.. Apapun terima kasih buat semua customer yang sudi mengundang kami untuk bermain di majlis mereka. Bagi sesiapa yang nak buat tempahan, bolehlah berhubung dengan saya, Zana di talian 017-6091694.

"Kehadiran kami pasti memeriahkan majlis Anda"

Rabu, 24 November 2010

Undangan untuk bermain kompang hujung minggu ni di Sungai Besi.. Diharap, semua ahli-ahli dapat memberikan persembahan terbaik..

"kehadiran kami pasti memeriahkan majlis Anda"


           Gambar-gambar kami ketika bermain untuk undangan perkahwinan dan juga majlis perasmian.
Ribuan terima kasih di atas sokongan anda yang mengambil pasukan kompang kami untuk memeriahkan majlis-majlis anda semua.. Diharap, anda berpuas hati dengan persembahan kompang kumpulan kami.